Buatmu yang masih mencari diri…
Yang kamu cari adalah pantulan dirimu sendiri di depan cermin.
Mulakan dengan mencintai dirimu, maka cakerawala akan melorongkan semua jalan yang telah ditakdirkan untukmu.
Adakala, kamu sesat terlalu jauh kerana meskipun tahu caranya, tetap juga kamu mendambakan validasi dari orang lain terlebih dahulu.
Telah kamu ubah segalanya untuk memuatkan dirimu di satu tempat.
Tetapi di malam hari, kamu terperuk sambil meratapi bahawa perkara ini bukan yang kamu ingini.
Telah kamu lakukan segalanya untuk menghargai orang lain, agar mereka juga menghargai dirimu.
Tetapi, di ulang tahunmu, siapa yang membawa kek dan memberi kejutan?
Telah kamu cuba agar mereka menyukai dirimu.
Tetapi persoalannya, ‘Adakah kamu mengasihi dirimu?’