Sekiranya kita tidak menjadi diri sendiri, siapa lagi yang akan menjadi diri kita? Seseorang yang tidak mendalami diri sebenarnya akan merasakan hidupnya seolah-olah sentiasa dikawal oleh orang lain.
Kita akan menjalani kehidupan berpaksikan pandangan mereka. Hari-hari yang dilalui akan dipenuhi kekusutan tidak menentu lalu membawa kita kepada kehidupan hambar, gelisah serta serba kekurangan. Sebenarnya, kesemua ini hasil daripada pilihan kita sendiri.
“Saya tidak dapat melakukannya. Lebih baik saya berputus asa.”
“Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tersilap pilih?”
“Tidak dapat buat apa, memang sifat saya begini.”
Begitu banyak persoalan dan tanggapan negatif menjadi punca kita membataskan kemampuan sendiri. Akhirnya, kita tidak pernah berusaha untuk membetulkan persepsi.
Buka mata, kosongkan fikiran dan kenalilah musuh sebenar diri kita. Hanya kita yang mampu membebaskan diri daripada halangan dan memilih kehidupan yang benar-benar kita inginkan.