Bila Bateri Jiwa Tinggal 1%
Kita hidup dalam dunia yang sentiasa ‘menyala’, tetapi tidak semestinya menenangkan. Di sebalik dentingan notifikasi, meriahnya tanda suka dan sempurnanya paparan kehidupan orang lain, ada jiwa yang menanggung lelah, rasa ketinggalan dan hampir kehabisan daya.
Buku ini mengajak kita berhenti menatal seketika, mengenali segala yang meresahkan hati dan mencari jalan untuk kembali kepada Tuhan di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia maya.
Ini bukan bicara yang menambah gelisah, tetapi bicara yang memujuk jiwa untuk berehat. Untuk kita yang mahu melepaskan persona ciptaan sendiri dan akhirnya mengaku:
“Tuhan, aku penat berpura-pura.”
Penat berpura-pura kuat ketika hati sedang rapuh. Penat tersenyum sedangkan jiwa terluka. Penat menunggu doa yang masih belum terjawab dan cuba mempertahankan harapan yang semakin malap.
Namun, selagi hati masih mahu kembali, talian kita dengan Tuhan tidak pernah terputus.